Thursday, 1 December 2011

KEENAKAN JELAS TERASA










::Herba @perasa aiskrim::

 "PERASA AISKRIM"


BEBUAS 

Nama Saintifik           : Premma Cordiflora
Famili                           : Verbenaceae
Nama Biasa                : Bebuas
Lokasi dijumpai         : Tumbuh meliar di tepi hutan
Kegunaan                   :          
·         Menambahkan selera makan.
·         Membuang angin dalam badan dengan cepat.
·         Menolong mengatasi masalah kecacingan dan menambahkan susu ibu. 



Pokok bebuas


DUKUNG ANAK  

Nama Saintifik            : Phyllanthus Niruri
Famili                            : Eurphorbiaceae
Nama Biasa                 : Dukung Anak
Nama lain                     : Kelek anak, meniran(indonesia),Bhuaionla, kiranelligida(india)
Lokasi dijumpai          : Di tepi longkang dan di kawasan pertanian
Kegunaan      :
·         Perubatan ayurveda ia digunakan sebagai penghilang dahaga, bronchitis, kusta, anemia, penyakit kelenjar kencing, anuria dan asma.
·         Boleh juga digunakan untuk mengubat penyakit berak berdarah (dysentery) yang kronik (mengikut kaedah perubatan unani dari India)
·         Buahnya digunakan untuk mengubati luka, kerengsaan, penyakit kudis buta (scabies) dan kurap.
·         Akarnya pula (yang masih segar) adalah penawar yang berkesan untuk penyakit kuning (jaundice) terutamanya pada bayi yang baru lahir.

Pokok Dukung Anak


HEMPEDU BUMI
Nama Saintifik           : Andrographis Paniculata
Famili                          : Acanthaceae
Nama Biasa               : Hempedu bumi
Nama lain                   : Akar cerita, sambilata,nivalembu,king of bitter, maha tita
Lokasi dijumpai             : Malaysia, Thailand, India, Indonesia  
Kegunaan                  :
·         Sebagai penawar untuk menurunkan darah tinggi di samping merawat kencing manis.
·   Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul- molekul lemak yang ada disekeliling salur darah yang tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat.

Pokok Hempedu Bumi

TEJA
Nama Saintifik           : Cinnamomum culilawan Bl
Famili                          : Lauraceae
Nama Biasa               : Teja
Nama lain                   : Kayu tija(indonesia),culilawan
Lokasi dijumpai         : Di hutan dan kawasan pembalakan
Kegunaan                 :          
·         Mengembalikan kecergasan badan
·         Menghilangkan lenguh-lenguh

Pokok Teja

KERMAK PUTIH 
Nama Saintifik           : Alternanthera sessilis
Famili                           : Amaranthacea
Nama Biasa                : Kermak putih
Nama lain                    : Keremak, keremah, daun tolod
Lokasi dijumpai         : Di kawasan berumput
 Kegunaan                  :
·         Kermak biasa digunakan untuk mengubat cirit birit, melancarkan pembuangan najis, mengubat penyakit TB(tuberculosis) dan penyakit kuning.
·         kermak juga dapat mencuci lemak dan toksid dari badan.


Pokok Kermak Putih


setelah anda megetahui khasiat herba marilah kita sama-sama mencuba produk aiskrim yang dipasarkan oleh Multi Herb Ice Cream yang  mengetengahkan prinsip perniagaan kami iaitu, “KESIHATAN ANDA, MATLAMAT KAMI” 

keenakan jelas terasa..


KENALI KAMI....

"Inilah logo syarikat Multi Herb Ice Cream"


"FAHAMI MAKSUD LOGO MULTI HERB ICE CREAM"

Perkataan “ Ice “:
  • Perkataan ‘ice’ itu membawa maksud ais iaitu produk kami ais krim herba. Selain itu ice juga bermaksud sejuk jadi ini menunjukkan imej syarikat kami yang mengeluarkan produk makanan yang sejuk.  Sejuk di sini juga bermaksud kami ingin sesiapa yang memakan produk kami ini akan sejuk iaitu sejuk dari perasaan marah, sejuk bila sedih dan sebagainya.


Perkataan Herbs:
  • Ia mewakili penggunaan herba dalam pembuatan ais krim kami. Oleh itu apabila penguna melihat perkataan herb ni, mereka boleh mengandaikan bahawa produk yang kami keluarkan ini mempunyai unsur kesihatan. Jadi para ibu bapa tidak perlu risau jika anak-anak mereka makan produk kami. Malahan ia boleh di makan oleh segenap umur untuk tujuan kesihatan.  Herb ini juga mewakili herba yang pelbagai jenis yang kami gunakan dalam proses pembuatan produk kami.


Tumbuhan ( herba )
  • Tumbuhan mewakili herba yang berkualiti serta segar yang kami gunakan dalam proses pembuatan ice cream. Malahan simbol tumbuhan ( iaitu paku pakis ) merupakan herba asia ini menunjukkan syarikat kami lebih banyak mengunakan herba tempatan berbanding herba luar negara. Simbol tumbuhan ini juga menunjukkan kami mengunakan produk yang berunsurkan tumbuhan hijau yang sering di kaitkan dengan kesihatan. Selain itu juga, simbul paku pakis ini merangkumi 5 jenis herba yang dijadikan perisa kepada aiskrim herba kami ini. perisa-perisa tersebut adalah seperti Bebuas, Dukung Anak, Hempedu Bumi, Teja dan Kermak Putih.


Merah jambu (  Pink )
  • Merah jambu adalah gabungan daripada warna merah dan putih. Warna merah menunjukkan berani  manakala warna putih pula menunjukkan suci. Pengunaan warna merah jambu ini menunjukkan semangat kami dalam menghasilkan produk ini. Iaitu merah berani mengeluarkan produk baru dalam pasaran, berani mengambil risiko, berani untuk mencuba dan berani ke hadapan. Manakala suci pula menunjukkan niat kami mengeluarkan produk nie suci murni, bukan semata-mata untuk tujuan keuntungan sebaliknya kami juga untuk tujuan kebajikan.


Warna hijau
  • Warna hijau sering di kaitkan dengan alam semula jadi, khususnya tumbuh-tumbuhan. Jadi logo kami mempunyai kaitan dengan alam semulajadi dan merangkumi semua aspek yang diperlukan dalam memyampaikan  makksud logo kami. Kami mengandaikan bahawa semua akan memahami maksud logo yang dipilih ini.


Warna Ungu.
  • Warna ini dipilih kerana ia membawa maksud kekayaan dan kejayaan kepada syarikat kami.  Kekayaan ini menunjukakn harapan kami agar syarikat kami terus maju dan kaya dari segi keuntungan, khidmat masyarakat dan sebagainya.  Dari segi kejayaan pula kami mengharap syarikat kami terus maju jaya dan mencapai ke puncak kejayaan dan terus maju sehingga peringkat dunia.


"VISI" "MISI" "MATLAMAT" "OBJEKTIF"




"VISI" "MISI" "MATLAMAT" "OBJEKTIF"
MULTI HERB ICE CREAM 

Visi
  • ·         Multi Herb Ice Cream Sdn. Bhd ini ingin membawa dan menampilkan jenama  perusahaan aiskrim herba ini ke serata dunia dan dijangka akan dikenali oleh seluruh lapisan masyarakat dunia dalam 15 tahun yang akan datang.

Misi
  • ·         Memaksimumkan kepuasan pengguna bukan sahaja melalui jaminan kualiti melalui pemilihan jenis herba yang terpilih, malah dari segi kepuasan terhadap kelainan dan keaslian terhadap perisa aiskrim yang berteraskan kepada penggunaan herba.

MATLAMAT
  • ·         Dari segi matlamat pula, Multi Herb Ice Cream ini ingin memasarkan produk aiskrim herba ini ke seluruh Malaysia dan mendapat sambutan yang menggalakan daripada masyarakat Malaysia.
  • ·         Mempelbagaikan lagi perisa aiskrim herba pada masa yang akan datang. 

OBJEKTIF
  • ·         Memaksimumkan keuntungan
  • ·         Menjaga kesihatan para pelanggan yang menggunakkan produk kami sebagai sumber makanan.
  • ·         Mempelbagaikan pilihan pengguna melalui penghasilkan aiskrim pelbagai perisa di pasaran.
  • ·         Memberikan kelainan kepada para pengguna terhadap perisa aiskrim yang lazimnya terdapat dalam pasaran.


SELAMAT MENIKMATI dan MERASAI


mari nikmati kawan-kawan semua!!!!

sedapnya...:)
nyummm..nyummm


Jom baca nie...


Keenakkan dan kelazatan aiskrim jelas terpancar pada gambar yang dipaparkan diatas. Majoriti rakyat malaysia begitu menggemari makan aiskrim tidak kira daripada golongan kanak-kanak sehinggalah kepada golongan dewasa. Tetapi, tahukah anda apakah kandungan dan kesan yang akan berlaku sekiranya mereka makan aiskrim. 



Hasil daripada kajian yang dilakukan, majoriti rakyat malaysia mengalami masalah obesiti hasil daripada tabiat yang gemar makan aiskrim. Pengguna amat tertarik dengan kepelbagaian jenis aiskrim ini yang difikirkan memberikan nikmat dan kepuasan kepada mereka. Dalam masa yang sama juga, kita dalam melihat bahawa statistik bagi rakyat Malaysia yang berhadapan dengan masalah obesiti ataupun lebih sinonim dengan gelaran penyakit kegemukan semakin meningkat dari tahun ke tahun akibat daripada pengambilan makanan manis termasuklah aiskrim. kebanyakan golongan wanita terpaksa menahan keenakan serta kelazatan aiskrim. hal ini kerana mereka takut mengalami masalah obesiti. kita dapat melihat pelbagai jenis perisa aiskrim yang terdapat di pasaran.


Oleh itu, kami terpanggil dengan rasa tanggungjawab untuk membantu semua rakyat malaysia agar mereka dapat menikmati keenakan dan kelazatan aiskrim tanpa memikirkan lagi tentang obesiti. Oleh itu, kami sebagai Multi Herb Ice Cream Sdn. Bhd ini menawarkan perkhidmatan yang berbentuk barangan nyata kepada para pengguna, di mana pengguna dapat memegang, merasai dan menikmati sendiri produk yang kami tawarkan. Kami mengilhamkan produk ini berdasarkan permasalahan kesihatan yang dihadapi oleh masyarakat Malaysia yang berhadapan dengan masalah kegemukan akibat daripada pengambilan makanan-makanan seumpama ini dalam diet harian mereka. 

kami cuba untuk mencipta suatu kelainan terhadap versi aiskrim yang lazimya boleh didapati di negara kita. Kami memversikan aiskrim keluaran syarikat kami kepada aiskrim yang berunsurkan herba, khas untuk para individu yang mengemari makanan manis ini tetapi berasa ragu-ragu kerana bimbang dengan kesan yang dijangka akan mempengaruhi tahap kesihatan mereka, khususnya golongan wanita, kerana golongan wanita merupakan golongan yang amat menjaga penampilan dan bentuk tubuh badan.

Kami cuba untuk membina dan mencipta satu persepsi yang baik kepada para orang ramai untuk terus melanggan dan menikmati aiskrimtanpa perlu berasa bimbang dengan kesan sampingan yang bakal timbul. Melalui produk kami ini, kami cuba untuk menjawab segala keraguan orang ramai yang mengemari aiskrim tetapi takut untuk menanggung risiko pada masa hadapan nanti.


inilah dia aiskrim daripada multi herb ice cream yang boleh dinikmati dengan sungguh lazat oleh semua golongan ....