![]() |
"Inilah logo syarikat Multi Herb Ice Cream" |
"FAHAMI MAKSUD LOGO MULTI HERB ICE CREAM"
Perkataan “ Ice “:
- Perkataan ‘ice’ itu membawa maksud ais iaitu produk kami ais krim herba. Selain itu ice juga bermaksud sejuk jadi ini menunjukkan imej syarikat kami yang mengeluarkan produk makanan yang sejuk. Sejuk di sini juga bermaksud kami ingin sesiapa yang memakan produk kami ini akan sejuk iaitu sejuk dari perasaan marah, sejuk bila sedih dan sebagainya.
Perkataan Herbs:
- Ia mewakili penggunaan herba dalam pembuatan ais krim kami. Oleh itu apabila penguna melihat perkataan herb ni, mereka boleh mengandaikan bahawa produk yang kami keluarkan ini mempunyai unsur kesihatan. Jadi para ibu bapa tidak perlu risau jika anak-anak mereka makan produk kami. Malahan ia boleh di makan oleh segenap umur untuk tujuan kesihatan. Herb ini juga mewakili herba yang pelbagai jenis yang kami gunakan dalam proses pembuatan produk kami.
Tumbuhan ( herba )
- Tumbuhan mewakili herba yang berkualiti serta segar yang kami gunakan dalam proses pembuatan ice cream. Malahan simbol tumbuhan ( iaitu paku pakis ) merupakan herba asia ini menunjukkan syarikat kami lebih banyak mengunakan herba tempatan berbanding herba luar negara. Simbol tumbuhan ini juga menunjukkan kami mengunakan produk yang berunsurkan tumbuhan hijau yang sering di kaitkan dengan kesihatan. Selain itu juga, simbul paku pakis ini merangkumi 5 jenis herba yang dijadikan perisa kepada aiskrim herba kami ini. perisa-perisa tersebut adalah seperti Bebuas, Dukung Anak, Hempedu Bumi, Teja dan Kermak Putih.
Merah jambu ( Pink )
- Merah jambu adalah gabungan daripada warna merah dan putih. Warna merah menunjukkan berani manakala warna putih pula menunjukkan suci. Pengunaan warna merah jambu ini menunjukkan semangat kami dalam menghasilkan produk ini. Iaitu merah berani mengeluarkan produk baru dalam pasaran, berani mengambil risiko, berani untuk mencuba dan berani ke hadapan. Manakala suci pula menunjukkan niat kami mengeluarkan produk nie suci murni, bukan semata-mata untuk tujuan keuntungan sebaliknya kami juga untuk tujuan kebajikan.
Warna hijau
- Warna hijau sering di kaitkan dengan alam semula jadi, khususnya tumbuh-tumbuhan. Jadi logo kami mempunyai kaitan dengan alam semulajadi dan merangkumi semua aspek yang diperlukan dalam memyampaikan makksud logo kami. Kami mengandaikan bahawa semua akan memahami maksud logo yang dipilih ini.
Warna Ungu.
- Warna ini dipilih kerana ia membawa maksud kekayaan dan kejayaan kepada syarikat kami. Kekayaan ini menunjukakn harapan kami agar syarikat kami terus maju dan kaya dari segi keuntungan, khidmat masyarakat dan sebagainya. Dari segi kejayaan pula kami mengharap syarikat kami terus maju jaya dan mencapai ke puncak kejayaan dan terus maju sehingga peringkat dunia.
No comments:
Post a Comment